Friday, October 31, 2008

...alhamdulillah...



Dear Diary... arini aku nak share kegembiraan ngan semua.

arini, aku dpt keputusan rasmi exam ptk yg aku amik bln 8 aritu. alhamdulillah.... keputusannye tak mengecewakan sgt. tuk paper umum, aku dpt 4. but tuk paper khusus, aku dpt 3. tapi kira okla coz ni la 1st time aku amik exam ptk... rupe2nye dlm kekalutan fikiran nie, ade gak khabar gembira. so, tuk next year, aku amik 1 paper je la. harap2 tak yah ulang tuk kali ke-3.

esok, skolah akan wat hi-tea tuk semua guru kat hotel grand season. tapi aku tak dpt join coz ikut family p family day kat PD. harap2 kat sana aku dptla tenangkan fikiran yg agak berserabut sebelum nie.... cikgu2 lain perli gak coz aku tak p. tapi aku jawab, FAMILY FIRST. hehehe...
dah ajak si dia p PD skali. tapi dia segan lak. papa n mama tak kisah pon klu dia nak ikut skali. tapi takpela... mayb dia nak study tuk final exam yg makin hampir nie. Good Luck dear...

Sunday, October 26, 2008

...berkecamuk hati...

Dear Diary...

Arini aku btol2 hilang semangat. hati nie dah keliru. smua aku rasa. marah, sedih, tertekan... minggu nie cukup memberi aku tekanan yang teramat. dari masalah kat skolah n si dia. ntahla... biler aku ade prob kat skolah, aku igt aku ader si dia tuk aku luahkan ape yg aku rasa. belum smpt aku bgtau pape, rupa2nyer masalah ngan si dia dtg.

arini, mase borak ngan papa, papa mintak aku bincang ngan si dia ttg kami. so, aku plan nak carik masa yg sesuai tuk bincang ngan dia. biler dia ajak aku p psr mlm, aku trus setuju. manela tau, klu2 lepas tu kami lepak mane2. leh la aku ajak dia discuss.

mase kami tgh mkn cendol, tetiba hp dia berbunyi. msg from somebody. biler aku bace, si dia savekan name pengirim as 'b'. b??? tu kan panggilan aku tuk dia? sape b nie? n si pengirim letak pengenalan diri as 'my heart'. eh, ape nie? putus trus selera aku. walaupon aku juz makan mase breakfast td, aku btol2 dah xde slera. trus aku ajak si dia balik.

dlm perjalanan, air mata jer yg jd peneman aku. hilang rasa malu. luruh segala kekuatan. patah segala semangat yg aku kumpul. semuanyer hilang.. yg tinggal cuma rase kecewa. tertekan n benci ngan ape yg aku rase skang.

tapi dia singgah ttwangsa dulu coz nak terangkan kes tadi. si dia ckp yg dia tak kenal pon minah nie. org tue dpt no fon dia dr mmbr dia. aku igtkan benda nie baru lagi. rupe2nyer dh seminggu... adoi...sedihnyer... aku tak tau nak ckp mcmner. knp x bgtau awal2? slama nie aku rase aku tak penah lupe bgtau die pape. mayb aku nie x penting kot...

si dia bgtau yg dia dh explain kat org tue yg si dia nie dh berpunyer. tapi org tue still nak berkawan ngan die. aku confuse. benci ngan keadaan skang nie. aku ngaku yg aku susah nak percayekan org. tapi ape yg ptt aku wat? knp leh jadi mcm nie? knp mesti ade yg nak ganggu kami? klu dh tau org tue dh berpunye, knp still nak kaco?

Ya Allah...Kau kuatkanla hati aku nie tuk trus hadapi cabaranMu. Kau berikanla petunjuk kpd aku. mayb nie jd petunjuk spy aku tak bgtau lagi hal yg papa mintak kami bincang. so, biarla ku simpan jer dlm ati. aku harap si pengganggu happy ngan ape yg die dh wat. thanks 4 evryting.

rasenyer aku dh tak leh nak truskan menaip. mate nie dh bengkak dah. letih menangis dr td... Dear Diary...thanks coz jd teman yg setia....

Sunday, October 19, 2008

...kisah nasi dagang...



Dear Diary...

Arini baru ade mood nak update blog ni. igtkan dptla update semalam. tapi letih sgt lps seharian dok kat sekolah. ade LDP. abis kul 2.30. tapi sampai umah kul 4. coz p beraya umah kak rohaida. hehehe... lagipon smlm mood tak brape elok coz sakit ati ngan krenah sorg cikgu kat skolah tu. maleh aku nak citer kat blog nie. nnt biler bace balik, nyakitkan ati jer...

Arini, aku p open house umah kak azie. mkn nasik dagang tuuuu... sejujur2nyer, aku jarang mkn masakan org pantai timur nie. kecuali laksam n kopok lekor jer. yg tu, my fav. lagipon nasik dagang nie kene mkn ngan ikan tongkol. ikan tu kan keras. so, kurang sketla rase nak mkn.

tapi, td mase kat umah kak azie aku mkn gak nasik tu. igtkan nak amik nasik impit jer. emmm...sdp jugak nasik dagang yg kak azie masak nie. aku mkn ngan kari ayam. ikan pon amik gak. tapi sket jer... sebelum mkn puas aku tanye kat kak su, nasik tu mkn ngan ape. takut slh lauk. nnt wat malu jer. hehehe... alhamdulillah. kenyang perut nie melantak nasik dagang kak azie. thanks kak azie... sedaaaappp... nnt masak lagi ek! :-)

mlm nie, aku kuar mkn ngan si dia. smlm x sempat nak kuar same2. si dia ader kelas. boring btol hidup aku smlm. dh la tgh hangin ngan org kat skolah tu. nak ajak si dia minum pon x dpt. kelas dia abis jam 10 mlm.... :-(

arini kami p mkn special sket. oleh sebab dah lame aku tringin nak mkn chicken chop, ari nie si dia bwk aku ke kedai Chop n Steak kat Kg Baru. emmm...puas ati dpt mkn. lagipon gaji kan dah nak masuk. so, leh la mkn sedap2 sket. ahaks...

emmm...b, nanti gaji dah masuk, kite p makan sate lak ek... hehehe...

Wednesday, October 15, 2008

...Untuk kita...

Dear Diary...

Pic. nie pon from ieta gak... cantik tak???



Untuk mereka yg sedang asyik bercinta...



p/s: so... b, biler kite nak wat kete kite mcm nie? ahaks... :-D

...kisah teladan...

Dear Diary...

Arini xder ape yg menarik tuk diceritakan. juz aku nak share kisah teladan nie tuk sesiapa yg mayb terbaca blog nie. so, kita jadikanla kisah nie sebagai satu teladan tuk diri kita k.. citer nie aku dpt dr ieta, via my email...


TERPERANGKAP DI PUSARA IBU


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahiberkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalamhati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu? Serius aku tengok." saya menyapa. "Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar darikubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya. "Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

"Macam ni..." kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi."

"Kenapa jadi macam tu?" saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual...Jaimi memulakan ceritanya.

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan sempena Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

"Bukannya banyak, RM 20 aja mak!" gadis itu membentak. "Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

"Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
"Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
"RM 20 aja!" si gadis berkata.
"Tak ada," jawab ibunya.
"Emak memang kedekut!" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
"Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya, "Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar!"
"Kalau emak ada du... " ibunya menyambung, tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya;
"kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. "Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Diasebaliknya mas uk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidakbersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya. "Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiripun tak dapat bantu."

"Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur. Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. "Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "Apa pasal?" Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni.. tak boleh angkat!" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. "Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik." gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

"Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak ditanah. Tangisannya bertambah kuat.

"Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. "Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

"Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan, Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal... Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. "Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja.... kalau hujan macam mana?" kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya?" tanya si bapa. "Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampunkepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramaiberusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

"Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. "Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosika lmasing- masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun..

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing- masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
"Pssstt...Raie....Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. "Boleh aku tengok budak tu?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. "Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. "Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang..

Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya kearah sebuah kubur.Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih "Emak.... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak....lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

"Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak." rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . Kira-kira 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap "Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing- masing. Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Tuesday, October 14, 2008

...demam... :-(

Arini, tuk kesekian kalinyer aku demam lagi... dlm tahun nie ajer dah brape kali dh aku demam. sebenarnye tekak dh mula sakit since ari sabtu. masa tue baru balik dr open house umah kak syikin. mayb sejuk sgt dlm kete kot...

Ari ahad p open house umah GPK HEM lak... still ok walaupon kpala dah mula berdenyut2. pagi tadi kat sekolah aku dh mula sejuk2 masa perhimpunan. but still control ayu depan budak2. hehe... masuk jer bilik guru, aku trus carik port nak landing. ape lagi...dlm suaru la jawabnyer...

then, bila dh betol2 tak tahan aku mula carik panadol. panadol yg si dia bagi semalam aku terlupa lak nak bawak. biler ngadu, kene marah lak. hehehe...sorry b... emmm...well, sorg pon takde bawak panadol. so, aku teruskan je la baring2 kat surau. nak tdo, pagi sgt. mate pon tak ngantuk. tgh rehat2, dgr lak suara bdk2 kecik tgh main kat tangga sebelah surau. alahai....arini lak diorg nak main. mainla ptg2 sket...

biler jam dah kul 9.10, aku pon kuar la dr surau. terserempak lak ngan GPK 1. die tanye...eh, p solat ker? emm...perli la tu. bila aku jwb aku tak sihat, n biler dia dgr suara aku dh lain mcm, dia senyum jer la. die kate baru nak ajak aku check fail panitia. hehehe...sori ek bos! lain hari la ek...xder mood la arini.

arini aku kuar rehat awal. konon2nyer nak carik panadol kat kantin. sampai2, kat sane pon xder gak. last choice, kenela mintak tolong budak belikan kat kedai. after rehat, baru dpt telan panadol. lega la sket. nasib baik arini 1 kelas jer. kul 11.30 - 1.00. dpt la rehat lebih sket...

alahai...susahnyer biler demam nie. nak ngajar pon x selesa. harap2 cepatla sembuh demam nie...

Saturday, October 11, 2008

...saje-saje...

saje jer nak publish baju batik biru yg aku pakai masa beraya kat muar. beraya ngan sedara sebelah mama lak... igtkan sempatla singgah melaka umah si dia. tapi x sempat coz bertolak dr muar pon dh lewat. sori ek sayang.... nnt saya p beraya kat umah awk k... :-)


beraya di alor setar...





raya kedua, kami serombongan p beraya umah sedara mara kat alor setar. kami bertolak dr kulim dlm kul 11 pg. bila sampai alor setar, trus carik tempat tuk lunch. slalunyer kami p makan kat kedai bihun sup kat simpang empat kangkung tapi tahun nie kami carik nasik kandar lak. kami p kat restoran nasi kandar haji ramli. bukannyer ape. tak nak nyusahkan tuan rumah sebenarnye. coz kami nie ramai. skali dtg, sampai 43 orang. mau kelam kabut tuan umah tu nnt. sbb tu la kami decide lunch kat kedai jer...

yg special kat restoran nie, tentula ayam kampung. so, kami pilih ayam kampung goreng, ayam kampung kari, sayur n mcm2 lagi la... sedap... patutla penah masuk dlm rancangan jalan2 carik makan. pada mulanye aku just nak siket jer nasik tu. tgk2 abis sepinggan. hehehe...






gambar sebelum x sempat nak snap. ni gambar selepas. liiiciiinnnn...



klu ade sesapa yg nak try, p la kat restoran ni. confirm x nyesal...

kami trus p beraya umah sedara. sampai kat 1 umah, my uncle perkenalkan buah ni. tapi dah x igt ape name die. rase die kelat2 sket...

alamak...tak ingatla nama buah nie...

petang tu, kami sempat round2 kat alor setar. sebenarnye on da way gak nak p umah sedara. so, aku sempatla snap beberapa gambar kat sana... tapi dr dlm kete je la. hehehe...

...Menara Alor Setar...

...masjid...

...Pekan Rabu...

...suasana senja dr kawasan sawah padi...



klu diikutkan rancangan, kami sekeluarga sepatutnye bermalam kat alor setar. tapi xde rezki coz malam tu bilik penuh. so, we all balik semula ke kulim... penatnyer...

.: 1 Syawal :.

emmm...arini baru sempat nak upload gambar raya. minggu ni rase letih sgt. langsung tak berkesempatan nak update blog kecuali citer nasik lemak aritu. so, arini leh la story sket2 pasal sambutan raya tahun nie. tahun nie we all sambut raya kat kulim, umah mak tok. tahun nie agak meriah coz semua sedara mara balik kulim. ade 8 family semuanya. so, bila p beraya tu, mmg penuhla umah org. jenuhla tuan umah tu nak layan kami. ^__^



pagi raya, ujan renyai2 kat sana. lepas balik dr solat aidilfitri, kami sekeluarga bermaaf-maafan. then, baru beraya ngan semua org. tengah hari, kami beraya umah mak cik yg dekat ngan umah mak tok. makan mee kuah n laksa sarawak. kat umah mak tok mkn nasik ayam berempah. seeedaaappp... abis la program diet ku...



petang tu, kami p umah bakal mertua kak long kat bukit merah lak. emmm...tu je la aktiviti 1 Syawal. citer raya ke 2, sambung kemudian lak. kite tgk gmbr dulu ek... hehehe




...posing di pagi raya...

...bersiap sebelum beraya...


...beraya ngan papa...


...caaayang papa...



...beraya ngan mama lak...



...caaaayang mama jugak...

...fesyen pagi raya...hehehe


...sesi beraya ngan sanak saudara...


...warna tema kami tahun nie, kuning. next year warna ape ek???...

...maafkan kami, maafkan kami...


Tuesday, October 7, 2008

...nasi lemak antarabangsa...

Salam...

emmm...dh lame x update blog nie. smggu rasenyer... so, arini nak story la sket ape yg jd smlm. smlm aku online gak. kononnyer nak publish citer masa raya. tapi ngantuk yg teramat sgt. nak tau ape sbbnyer??? jeng...jeng...jeng...

hehehe...sbb smlm aku p mkn nsk lemak antarabangsa kat kg baru ngan si dia. klu ikutkan plan, kami nak p mkn chicken chop kat chop n steak kat sana. tapi tutup la plak. so, kami tukar plan p mkn nasik lemak. sbnrnyer aku frust btol x dpt mkn chicken chop tu. dah lame tringin nak mkn. sampai aku sanggup tahan lapar sbb nak mkn chicken chop tu. hampir2 nak kene gastrik. tapi still x tercapai hajat. xpela. next time p lagi. harap2 nnt dptla makan... :-(

semalam, first time mkn rase mcm x cukup. lapar sesgt... si dia pon tegur coz kali nie aku mkn abis sepinggan. slalunyer dia yg tolong abiskan. hehehe...laparla b... ;-) lepas makan, kami singgah ttwangsa. saje duduk2 tepi tasik n borak2. ye la... dh lama x borak lama2. aku suka spend time mcm tu. tapi mayb xleh slalu coz si dia nak kena study 4 exam. almaklumla...org sambung master. mestila bz sket... ye tak? emmm...bila la giliran aku lak samb blajar nie???



my nasik lemak with rendang ayam... si dia yang pilihkan...


nasik lemak si dia ngan ayam goreng plus telur rebus...


si dia tengah kusyuk layan nasik lemak... laaaayaaaannn...


its me... cedapnyer...